FoKuS PaRaDiGMa iLMu LeKSiKaL NuRaNi

” GeRSaNG BuMi TaNPa HuJaN, GeRSaNG MiNDa TaNPa iLMu, GeRSaNG JiWa TaNPa aMaL, GeRSaNG HaTi TaNPa iMaN “

Kuliah & Tutorial PI5403_2 April 2009

Posted by mawar ungu on June 2, 2009

2April2009_1 2April2009_2 2April2009_3 2April2009_4

2April2009_5 2April2009_7 2April2009_6 2April2009_8

2April2009_9 2April2009_11 2April2009_10 2April2009_12

Posted in FoTo, iLMiaH | Tagged: , , | Leave a Comment »

Tutorial FE5413_14April2009

Posted by mawar ungu on June 2, 2009

14April2009

Another presentati0n of chapter 3 – research’s methodology for subject FE5413 (Qualitative Research in Education) by 2 of my c0lleague.

Posted in FoTo, iLMiaH | Tagged: , , | Leave a Comment »

Kuliah PI5401

Posted by mawar ungu on May 12, 2009

PI5401_11April2009Kuliah

Posted in FoTo, iLMiaH | Tagged: , | Leave a Comment »

Mohammad Natsir Pendidik Ummah (slide ppt)

Posted by mawar ungu on May 6, 2009


Posted in FoTo, iLMiaH | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Tutorial PI5402 – Resensi Buku (Bhg 3)

Posted by mawar ungu on May 6, 2009

resensi_buku_9april2009_1Pembentangan Resensi / Ulasan Buku bertajuk Mohammad Natsir Pendidik Ummah telah dibentangkan pada hari Khamis, 9 April 2009 (13 Rabi’ul Akhir 1430H).


Buku tersebut adalah merupakan hasil disertasi Dr Gamal Abdul Nasir, pensyarah bagi kursus PI5402 (Sejarah dan Falsafah Pendidikan Islam). Huraian bagi ulasan buku ini boleh di
download

dengan mengklik >> resensi-mohammad-natsir-pendidik-ummah

resensi_buku_9april2009_2

Posted in FoTo, iLMiaH | Tagged: , , | Leave a Comment »

KuRSuS FE5413 – sinopsis

Posted by mawar ungu on April 29, 2009

Kursus FE5413Penyelidikan Kualitatif dalam Pendidikan, salah satu kursus elektif (subjek pilihan) bagi program Sarjana Pendidikan Pengajian Islam dengan 3 unit dan pensyarahnya ialah Dr. Loo Seng Piew.

.

Objektif Kursus :

Kursus ini bertujuan untuk membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan teori dan amalan semasa dalam penyelidikan kualitatif. Selepas memperolehi dan menguasai pengetahuan dan kemahiran tersebut, pelajar berpeluang merancang usul kajian kualitatif yang mantap.

(i) memberi kesedaran tentang isu dan tren (aliran) yang berkaitan dengan penyelidikan kualitatif dalam bidang pendidikan.

(ii) keyakinan dan kemahiran membaca dan memberi ulasan tentang laporan penyelidikan pendidikan yang menggunakan kaedah kualitatif.

(iii) peluang untuk merancang, menjalankan dan menilai penyelidikan pendidikan yang menggunakan kaedah kualitatif.

.

Kandungan :

1. Jenis Penyelidikan Kualitatif dan Isu-isu yang berkaitan dengannya.

Kajian bidang budaya pendidikan; kaedah penyelidikan prasejarah pendidikan; kaedah penyelidikan falsafah pendidikan; kebangkitan kaedah kualitatif yang bercorak pasca-struktualisme / kritikal, dan konsep-konsep yang berkaitan dengan ‘teks’, ‘wacana’, ‘suara’ dan ‘kapital’; menganalisis wacana; dan strategi yang menggunakan metodologi ‘ilimunitif’ berdasarkan model Stake.

2. Pembentukan dan penggunaan konsep, kategori dan teori.

Konsep, kategori dan teori dalam penyelidikan pendidikan; kritikan terhad konsep ‘teori’ dalam penyelidikan pendidikan. ‘Teori grounded’ yang diutarakan oleh Starus dan Corbin.

3. Temubual, pemerhatian bilik darjah dan analisis dokumen.

Merancang dan menjalankan temubual yang berstruktur, spara-berstruktur, terbuka, dan ‘pengajaran’; kaedah mengkoda, menganalisis, dan menafsir transkrip temubual; kaedah memerhati (mencerap), mengkoda, menganalisis data dan menghasilkan kategori yang diperolehi daripada analisis dokumen.

.

.

Penilaian :

Kerja Kursus : 100 %

1. Laporan analisis teks / temubual / wacana dengan menggunakan software (perisian) komputer – 50%

2. Perancangan, pembentangan dan penulisan usul penyelidikan kualitatif (tidak termasuk kajian) – 50%.

.

Rujukan :

  • Bogdan R.C. & Biklen, S.K.  (1998). Qualitative research for education : An introduction to theory and methods. Boston : Allyn and Bacon
  • Huberman, A.M. & Miles (eds.) (2002). The qualitative researcher’s companion. CA : Sage Publications
  • Pelto, P.J. & Pelto, G.H. (1989). Penyelidikan antropologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Stake, R.E. (1995). The art of case study reseacrh. Thousand Oaks : Sage Publications
  • Umar Junus (1988). Karya sebagai sumber makna : Pengantar struktualisme. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Posted in iLMiaH | Tagged: , | Leave a Comment »

Tutorial FE5413 – Research Proposal

Posted by mawar ungu on April 28, 2009

Pembentangan Usul Kajian (Research Proposal) bagi Bab 1 & 2 untuk kursus FE5413 (Penyelidikan Kualitatif dalam Pendidikan) diteruskan lagi pada hari Selasa, 7 April 2009 (11 Rabi’ul Akhir 1430H), sambil diselia dan dikomentar oleh Dr. Loo SP.

fe5413_7april2009_1Aliya_Maisarah – dengan tajuknya
Penggunaan Alatan Bantu Mengajar (ABM) bagi mata pelajaran Tarikh Islam di Sekolah-sekolah Ugama di Negara Brunei Darussalam.

fe5413_7april2009_2Bunda Sadrina – dengan tajuknya
Kualiti Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Fiqh II di Sekolah-sekolah Ugama, Brunei Darussalam : Satu Kajian.

Posted in FoTo, iLMiaH | Tagged: , | Leave a Comment »

KuRSuS PI5402 – sinopsis

Posted by mawar ungu on April 28, 2009

Kursus PI5402Sejarah dan Falsafah Pendidikan Islam, satu  lagi kursus teras (subjek wajib) bagi program Sarjana Pendidikan Pengajian Islam dengan 3 unit dan pensyarahnya ialah Dr. Hj. Gamal Abdul Nasir bin Hj Zakaria.

.

.

Objektif Kursus :

1. Memberikan gambaran kepada para pelajar tentang sejarah dan falsafah pendidikan Islam di zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, para Sahabat baginda dan hasil karya para ulama pada abad ke-7, ke-8 dan ke-9 dalam pendidikan Islam.

2. Membantu para pelajar mempelajari perkembangan pendidikan Islam di beberapa buah Negara Islam yang dipilih sebelum dan selepas merdeka.

.

Kandungan :

  • Sejarah dan falsafah pendidikan Islam pada zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, para sahabat baginda, zaman Bani Umayyah & Abbasiyah
  • Perkembangan pendidikan Islam sebelum dan selepas kemerdekaan di beberapa buah Negara Islam yang dipilih
  • Menganalisa keputusan-keputusan Persidangan Sedunia Mengenai Pendidikan Umat Islam dan idea-idea tentang pendidikan bersepadu dalam konteks Negara Brunei Darussalam.

.

.

Penilaian :

Kerja Kursus : 50 %

1. Pembentangan Makalah & Kertas Kerja

2. Pembentangan Resensi Buku & Kertas Kerja

Peperiksaan akhir semester : 50 %

.

.

Rujukan :

  • Al-Attas, Syed Muhammad Al-Naquib (1980). The concept of education in Islam : A framework for an Islamic philosophy of education. Kuala Lumpur : ABIM
  • Muhammad Nur Effendi (1997). Cendikiawan Muslim : Pembina tamadun dan kecemerlangan umat. Johor Bahru : Perniagaan Jahabersa
  • Najib Khalid Al-Amir (1996). Tarbiyah Rasulullah. Jakarta : Gema Insani Press
  • Omar Al-Syaibani (1976). Falsafah Al-Tarbiyyat Al-Islamiyyah. Singapura : Pustaka Nasional

Posted in iLMiaH | Tagged: , | Leave a Comment »

Tutorial PI5402 – Resensi Buku (Bhg 2)

Posted by mawar ungu on April 27, 2009

resensi_buku_2april2009_2Pembentangan RESENSI BUKU (atau Ulasan Buku) bagi kursus PI5402 (Sejarah & falsafah PI) pada 2 April 2009 (6 Rabi’ul Akhir 1430H) telah dimulakan oleh Hj Rusli dengan tajuk buku – PERKEMBANGAN PERSEKOLAHAN AGAMA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DARI TAHUN 1956 – 1984 MASIHI.

Buku yang mengandungi ENAM bahagian ini adalah hasil karya kompilasi Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Hamid bin Mohd Daud, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, NBD (2004). Secara ringkasnya, pelajaran ugama di Brunei pada tahun 1946 di sekolah kerajaan dan pelajaran tersebut dinamakan Syariah (mengandungi Ibadat & Tauhid).


6 bab yang terkandung dalam buku ini ialah Latar Belakang, Sistem dan Pentadbiran, Bangunan Sekolah, Guru Ugama, Kurikulum dan Kokurikulum, Peperiksaan dan Sijil.

Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku tempatan dengan harga B$3.50 sahaja. Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui sejarah perkembangan persekolahan agama di Negara kita bolehlah mendapatkannya segera selagi stok masih ada (“,).

resensi_buku_2april2009_1Pembentangan RESENSI BUKU (atau Ulasan Buku) diteruskan oleh Hjh Noraidah dengan tajuk buku – PENJELASAN BUDAYA ILMU, juga pada hari yang sama.

Buku yang memuatkan 6 bab (253 halaman) ini adalah hasil penulisan Wan Mohd Nor Wan Daud yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (1995).

Buku ini mengandungi takrifan yang dinamik dan penuh implikasi tentang budaya ilmu dan perkara-perkara yang bersangkutan yang harus disemai dan disuburkan dalam diri dan masyarakat kita. (quote from ulasan buku, Hjh Noraidah, 2009) hehee


Posted in FoTo, iLMiaH | Tagged: , | Leave a Comment »

Tutorial PI5403 – Pembentangan Grup 2

Posted by mawar ungu on April 22, 2009

Sesi pembentangan kumpulan kedua telah berlangsung pada
hari Khamis, 26 Mac 2009 (29 Rabi’ul Awal 1430H) antara jam 2.15 – 4.30 petang.
.
Tajuk pembentangan kami ialah
PERISIAN KOMPUTER & APLIKASI ICT DALAM PENGAJARAN AGAMA
.
slide pembentangan boleh disaksikandengan mengklik >>slaid pembentangan.

Posted in FoTo, iLMiaH | Tagged: , , | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.